• Perjumpaan Pendaftar Bersama Naib Canselor
  • KIK 2013
  • Hari Bersama Pelanggan 2013
  • Audit SIRIM QAS
  • Taklimat Insuran Bersama Staf UUM

By Plimun Web Design

DASAR PEMILIHAN DAN PELANTIKAN STAF

1.0 STAF PENTADBIRAN

1.1 KUASA MELANTIK

      Urusan pelantikan staf akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.

       a) Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional

              ● Naib Canselor - Pengerusi

              ● 2 Orang Wakil Senat - Ahli

              ● Pendaftar - Setiausaha

(Naib Canselor boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib Canselor atau Pendaftar bagi mempengerusikan dan melantik ahli jawatankuasa ini)

     b) Jawatan Kumpulan Sokongan

            ● Pendaftar - Pengerusi

            ● Bendahari - Ahli

            ● Ketua Pustakawan - Ahli

            ● Timbalan Pendaftar/Pen. Pendaftar - Setiausaha

(Pendaftar boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Pendaftar atau Pegawai Kanan Perjawatan bagi mempengerusikan jawatankuasa ini)

Keputusan untuk pelantikan bagi jawatan Pendaftar/Bendahari/Ketua Pustakawan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Keputusan pelantikan jawatan pentadbiran Pengurusan dan Profesional serta sokongan akan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Universiti (JPU).

1.2 SYARAT PELANTIKAN

Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut syarat Skim yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.

1.3 URUSAN PENGAMBILAN & PELANTIKAN

      a)   Proses Pengambilan

             Proses pengambilan pegawai meliputi beberapa peringkat, iaitu:

                  i. Pengiklanan jawatan;

                  ii. Penerimaan permohonan;

                  iii. Saringan;

                  iv. Penilaian khas (jika diperlukan);

                   v. Temu duga ; dan

                  vi. Pelantikan.

      b)   Tanggungjawab Pendaftar

             Pendaftar bertanggungjawab untuk memastikan keperluan dan pengisian sesuatu jawatan dilaksanakan sepenuhnya. Proses  pengisian tersebut hendaklah dibuat dengan berdasarkan syarat peraturan yang berkuatkuasa. Pendaftar juga bertanggungjawab bagi memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan proses pelantikan dipelihara.

      c)   Pengiklanan

             Pengiklanan bagi tujuan pengisian sesuatu jawatan akan diuruskan oleh Pejabat Pendaftar mengikut peraturan yang ditetapkan seperti termaktub dalam Perintah Am Bab A (P.U.A (176)).

Universiti boleh dalam hal keadaan khas menggunakan apa-apa cara yang lain yang difikirkan sesuai.

      d)   Bentuk Iklan

            Iklan yang dibuat hendaklah ringkas dan mengandungi keterangan yang berikut:

                i. Nama dan taraf jawatan;

               ii. Jadual/gred gaji perkhidmatan, kumpulan dan klasifikasi perkhidmatan;

              iii. Syarat lantikan termasuk kelulusan, kelayakan dan pengalaman (termasuk taraf kerakyatan);

              iv. Berpandukan syarat skim perkhidmatan;

              v. Alamat untuk mengirimkan permohonan; dan

             vi. Tarikh tutup permohonan.

     e)   Permohonan daripada Pegawai Sedang Berkhidmat

            Semua permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan semasa.

     f)   Proses Pengambilan meliputi beberapa peringkat iaitu:

           Saringan

                Proses saringan ini bertujuan untuk mengenal pasti calon yang dipilih telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon dan syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan juga untuk mengenal pasti calon yang paling sesuai untuk mengisi jawatan yang diperlukan.

               Pelaksanaan semasa saringan adalah seperti berikut:

                        i. Saringan dibuat oleh Jabatan Pendaftar (Pusat Tanggungjawab yang berkaitan bagi pengisian jawatan akan dirujuk jika diperlukan); dan

                       ii. Proses dan bentuk saringan yang lain boleh ditetapkan oleh Pendaftar, jika difikirkan perlu.

                       iii. Proses saringan dan kriteria bagi setiap saringan hendaklah direkod dan disahkan oleh pegawai-pegawai yang melaksanakan saringan.

     g)   Proses Saringan

            i. Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.

               Jawatan yang memerlukan kelayakan asas STP/STPM syarat kelulusan sijil yang perlu dipatuhi.

           ii. Pengkelasan Borang Permohonan

              Semua permohonan yang diterima akan melalui proses saringan umum terlebih dahulu oleh Unit Perjawatan bagi memastikan permohonan adalah mengikut kelayakan/syarat yang diperlukan.

          iii. Proses Saringan Permohonan sebelum panggilan temu duga atau ujian pratemu duga:            

                  >  Saringan untuk pemilihan Jawatan Gunasama

                       Kriteria kualiti, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan khidmat masyarakat digunakan.

                 >   Saringan jawatan teknikal/kepakaran/kemahiran/bakat

                      Saringan kelayakan asas dibuat oleh Jabatan Pendaftar dan saringan seterusnya dibuat oleh Pusat Tanggungjawab yang memerlukan calon yang sesuai dalam bidang berkaitan.

         iv. Ujian Pratemu Duga (Mengikut Keperluan)

                 >   Pengawal Keselamatan – Ujian Fizikal

                 >   Jawatan lain selain (a) di atas mengikut keperluan semasa.

      h)   Temu Duga

             Pemilihan calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Universiti dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih seperti para 1.1.

                  i) Pelantikan

                     Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Pendaftar. Surat tawaran pelantikan mengandungi perkara berikut:

                          i. Nama atau gelaran jawatan;

                          ii. Gred jawatan;

                         iii. Gaji dan elaun yang ditawarkan berserta jadual gaji;

                         iv. Taraf jawatan;

                         v. Penempatan; dan

                         vi. Syarat perkhidmatan.

      j)   Lapor Diri

            Seseorang yang telah bersetuju untuk menerima tawaran pelantikan bertanggungjawab melaporkan diri untuk bertugas di Pejabat Pendaftar Ketua Jabatan tempat pegawai tersebut ditempatkan hendaklah membuat pengesahan tarikh pengesahan melapor diri untuk bertugas bagi pegawai tersebut.

            Pegawai yang baru melapor diri akan dibekalkan maklumat berikut:

            Buku Panduan Perkhidmatan Staf, Universiti Utara Malaysia.

1.4 PRINSIP PENETAPAN GAJI PERMULAAN

       Staf Pentadbiran

            a)  Penetapan gaji permulaan bagi calon yang pertama kali dilantik. (Mengikut seperti yang disebut dalam skim)

            b) Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan

                        i. Calon yang telah disahkan dalam perkhidmatan:

                                >   Calon akan ditawarkan gaji permulaan P1T1 sekiranya gaji jawatan lamanya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam tangga gaji jawatan baru; atau

                                >   Ditawarkan mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 dan Tangga yang bersesuaian bagi jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam gred gaji jawatan barunya.

                                >   UUM juga boleh meletakkan seseorang calon yang mempunyai kelayakan-kelayakan khas pada mana-mana Tangga atau P1 pada jawatan yang dipohon.

                        ii. Calon yang belum disahkan dalam jawatan

                                >   Ditawarkan gaji pada P1T1 dalam skim gaji jawatan yang akan disandang

                                >   UUM boleh mempertimbangkan pemberian gaji yang lebih tinggi mengikut perkiraan satu pergerakan mata gaji bagi satu tahun genap pengalaman yang relevan dengan jawatan barunya.

            c)  Calon yang berpengalaman berkhidmat dengan swasta, penetapan gaji permulaan berdasarkan satu (1) kenaikan gaji untuk pengalaman kerja selama dua (2) tahun bagi jawatan yang sama taraf atau sama gred dan tugas yang relevan.

           d)  Pegawai-pegawai ikhtisas (yang memerlukan kelayakan Profesional), pengalaman-pengalaman sesuai selepas mendapat kelulusan ikhtisas yang boleh dibuktikan oleh mereka boleh diambil kira untuk menentukan penetapan gaji mengikut kadar genap satu (1) tahun pengalaman bagi satu kenaikan mata dalam tangga gaji.

           e) Calon dari kalangan staf UUM bertaraf Kontrak/Sementara dan diperaku ke jawatan bertaraf Tetap:

                         i. Ditawarkan mata gaji yang sama dengan gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 bagi jawatan sama.

                        ii. Ditawarkan gaji permulaan P1T1 atau gaji permulaan mengikut skim perkhidmatan bagi pelantikan jawatan yang berbeza.

                        iii. Bagi staf bertaraf sambilan, penetapan gaji mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan. Bagi jawatan yang sama satu kenaikan bagi setiap dua (2) tahun pengalaman.

           f)  Gaji permulaan bekas tentera dan polis :-

               (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2001)

          g)  Sekiranya perlu dipinda/disemak semula gaji yang ditawarkan selepas penama melapor diri, pindaan akan dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Pemilih atau Pendaftar tanpa perlu dikemukakan semula kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)

1.5 TAWARAN PELANTIKAN

Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Jabatan Pendaftar. Surat tawaran pelantikan hendaklah mengandungi perkara berikut:

           a) Nama Jawatan, Skim Perkhidmatan

           b) Gred jawatan

           c) Gaji yang ditawarkan

           d) Taraf jawatan

           e) Penempatan

            f) Senarai tugas

2.0 STAF AKADEMIK

2.1 KUASA MELANTIK

       Urusan pelantikan staf akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri dari Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.

       Jawatan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional)

               >  Naib Canselor - Pengerusi

               >  2 Orang Wakil Senat - Ahli

               >  PNC Kolej/Wakil - Ahli (turut hadir)

               >  Pendaftar - Setiausaha

                   (Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana Timbalan Naib Canselor bagi mempengerusikan mesyuarat ini)

                    Keputusan pelantikan akan diperakukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

2.2 SYARAT PELANTIKAN

       Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut Skim yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.

        JAWATAN TETAP

         Mengikut Skim Perkhidmatan

                   a) Pensyarah (Tetap)- Gred DS45

                        Syarat Lantikan:

                                 i. Warganegara Malaysia

                                ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

                        Kelayakan Untuk Lantikan:

                                 i. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

                                 ii. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                                iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;

                  b) Pensyarah Kanan (Tetap)- DS51

                       Syarat Lantikan:

                                i. Warganegara Malaysia

                                ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

                       Kelayakan Untuk Lantikan:

                                i. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

                               ii. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                              iv. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

                               v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

                  c) Prof. Madya (Tetap) - Gred DS53

                            iv. Membukti tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya: dan

                             v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

                 d) Profesor (Tetap)- Gred Khas C (VK7)

                           iv. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

                           v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang tertentu.

                  e) Guru Bahasa (Tetap)- Gred DG41

                       Syarat Lantikan-mengikut skim perkhidmatan:

                               iii. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                               iv. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

                        Kelayakan Untuk Lantikan - Yang ditetapkan oleh Universiti:

                               i. Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris seperti TESL/ TEFL/ TESOL/ ELT/ English Literature yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                  f) Tutor (Sementara)- Gred DA41

                      Syarat Lantikan:

                               i. Warganegara Malaysia

                               ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.

                      Kelayakan Untuk Lantikan:

                               i. Mempunyai Ijazah Sarjana dengan CGPA: 3.0 ke atas dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Sarjana Muda dengan CGPA: 3.0 ke atas atau kepujian Kelas Kedua Atas

                              ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

                              iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan.

                              iv. Dalam kes-kes tertentu, Universiti boleh melantik sesiapa sahaja yang didapati layak tanpa perlu memenuhi ke semua syarat kelayakan di atas.

    JAWATAN KONTRAK

                 a) Profesor (Kontrak) – VK7

                     Syarat Lantikan:

                               i. Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun bagi bukan warganegara

                              ii. Had umur maksimum ialah 65 tahun.

                    Kelayakan Untuk Lantikan:

                             i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

                            ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

                           iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

                           iv. Lulusan tapisan keselamatan (bukan warganegara).

                 b) Prof. Madya (Kontrak) – DS53

                     Syarat Lantikan:

                              i. Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun bagi bukan warganegara.

                              iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).

                  c) Pensyarah Kanan (Kontrak) – DS51

                 d) Pensyarah (Kontrak) – DS45

                 e) Guru Bahasa (Kontrak) – DG41

                            iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara)

                            (Rujuk Pekeliling Skim Perkhidmatan Staf Akademik - Kontrak)

                 f) Felo Universiti Utara Malaysia

                    Kelayakan Untuk Lantikan:

                             i. Seseorang individu akademik atau bukan akademik yang terkemuka atau tokoh yang berpengalaman dan terkenal dalam bidang kepakaran di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut;

                            ii. Felo Universiti terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

                            iii. Tidak ada had umur untuk pelantikan Felo;

                            iv. Keutamaan:

                                 • Kolej boleh memilih calon dari organisasi/universiti dalam atau luar negeri yang diketegorikan pakar dan bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut sebagai Felo untuk memantapkan program di Kolej;

                                • Kolej menyediakan kertas latar diri, kepakaran, kecemerlangan dan perancangan kerja calon Felo dengan cadangan tempoh pelantikan;

                                • Calon yang dicadangkan oleh Kolej/Pusat/Institut akan diperakukan untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU);

                                • Pendaftar akan mengeluarkan surat pelantikan.

                                   (Rujuk Lampiran Skim Felo Universiti Utara Malaysia)

                 g) Profesor Adjung

                     Kelayakan Untuk Lantikan:

                             Profesor Adjung dilantik daripada kalangan tokoh dari bidang industri, perkhidmatan awam dan profesional yang diiktiraf pakar dan mempunyai peranan dan tugas tertentu untuk kepentingan Universiti Utara.

                 h) Felo Adjung

                     Kelayakan Untuk Lantikan:

                             Felo Adjung adalah dilantik daripada kalangan pengurus-pengurus yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang/kursus tertentu. Calon yang dilantik mempunyai peranan dan tugas tertentu untuk memberi "input" yang lebih khusus dan mendalami bagi sesuatu bidang/kursus berkenaan.

                  i) Karyawan Tamu

                     Kelayakan Untuk Lantikan:

                             Karyawan Tamu yang dilantik adalah terdiri di kalangan warganegara untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan, yang boleh menyumbang ke arah memperkaya khazanah ilmu dan ketamadunan bangsa dalam bahasa yang ditetapkan, di periangkat kebangsaan selaras dengan perkembangan semasa dan akan datang.

                 j) Staf Pelawat

                   (Profesor/Prof. Madya/Pensyarah Kanan Pelawat)

                    Kelayakan Untuk Lantikan:

                               i. Profesor Pelawat boleh dilantik mengikut gelaran jawatan seperti berikut:

                                  > Profesor Pelawat (Visiting Profesor)

                                  > Prof. Madya Pelawat (Visiting Associate Professor)

                                  > Pensyarah Kanan Pelawat (Visiting Senior Lecturer)

                               ii. Sebagai panduan, staf pelawat akan diberi gelaran jawatan mengikut jawatan yang ditentukan oleh Kolej. Staf pelawat boleh dilantik sepenuh masa daripada institusi pengajian tinggi yang lain terutamanya staf akademik dari luar negara yang diperlukan Universiti Utara Malaysia.

                 k) Pemeriksa/Penilai Luar Program

                     Kelayakan Untuk Lantikan:

                               i. Kolej/Pusat/Institut boleh memilih calon dari universiti dalam atau luar negara yang dikategorikan pakar dan bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut sebagai Pemeriksa/ Penilai Luar Program untuk menilai program Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta program akademik yang berkaitan;

                              ii. Kolej/Pusat/ Institut menyediakan kertas latar diri, kepakaran dan kecemerlangan calon pemeriksa/ Penilai Luar dengan cadangan tempoh pelantikan;

                              iii. Kolej/Pusat/ Institut mendapatkan pelepasan organisasi asal calon bertugas serta persetujuan calon mengikut tempoh yang dicadangkan;

                              iv. Calon yang diperakukan oleh Kolej/Pusat/ Institusi akan diperakukan untuk kelulusan Senat dan pelantikan dibuat oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa);

                               v. Calon Pemeriksa/Penilai Luar Program terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

                              vi. Tiada had umur untuk pelantikan Pemeriksa/Penilai Luar;

                              vii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki PhD.

                  l) Penyandang Kursi

                     Kelayakan Untuk Lantikan:

                              i. Calon-calon yang layak dan boleh dipertimbangkan bagi mengisi jawatan ini boleh;

                                  a) Terdiri daripada ahli akademik khususnya Profesor Kanan atau penyelidik kanan dari sesebuah Universiti atau institusi pengajian tinggi;

                                  b) Terdiri daripada ahli akademik yang ternama dan terulung dalam bidang yang berkaitan;

                                  c) Sekiranya calon bukan terdiri daripada ahli-ahli akademik yang dinyatakan pada para a dan b di atas, mereka hendaklah seorang yang dianggap layak dan memenuhi kriteria pelantikan profesor mengikut ketetapan dan perakuan oleh Jawatankuasa Pemilih; dan

                                  d) Terdiri daripada mana-mana orang tanpa mengambilkira jantina, kaum dan kerakyatan.

                              ii. Calon-calon yang dilantik untuk menyandang kursi ini hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan pelantikannya oleh Lembaga Pengarah Universiti.

                 m) Staf Akademik (Sambilan)

                      Kelayakan Untuk Lantikan:

                              i. Kolej boleh memperakukan calon yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang pengajaran;

                             ii. Calon tenaga pengajar terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

                             iii. Tidak had umur untuk pelantikan tenaga pengajar;

3.0 URUSAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN

JAWATAN TETAP

      Urusan pengambilan dan pelantikan meliputi beberapa peringkat:

3.1 Pengiklanan jawatan

       Jabatan Pendaftar akan menguruskan pengiklanan menurut peraturan yang ditetapkan. Untuk jawatan akademik, permohonan adalah terbuka sepanjang tahun.

3.2 Pemilihan permohonan

       Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.

3.3 Saringan Permohonan

       a. Jabatan Pendaftar

            i. Penerimaan borang permohonan, saringan mengikut kelayakan seperti di B - Syarat Pelantikan;

            ii. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, borang akan dikemukakan ke Kolej Akademik bersama-sama 'Borang Catatan Kriteria' untuk penilaian peringkat Kolej.

       b. Kolej Akademik

            i. Kolej akan menjemput calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk tujuan temu duga/temu bual (tertakluk kepada Kolej);

            ii. Mengembalikan borang permohonan berkenaan bersama-sama keputusan ke Jabatan Pendaftar.

       c. Jabatan Pendaftar

            i. Menerima borang permohonan dan membuat tindakan mengikut keputusan yang dicatatkan;

            ii. Bagi calon yang diperakukan, akan disenaraipendek untuk urusan panggilan temu duga peringkat Universiti.

3.4 Temu Duga

       a. Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai oleh ahli panel seperti perkara 1.0 di atas).

       b. Sebelum Temu Duga:

           i. Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih Universiti;

          ii. Keluarkan surat panggilan panel dan calon;

          iii. Sediakan fail, maklumat-maklumat dan borang-borang yang diperlukan;

          iv. Keperluan pensyarah di setiap Kolej;

           v. Jamuan dan bilik temu duga.

        c. Pada Hari Temu Duga

            i. Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;

            ii. Memastikan urusan temu duga berjalan lancar.

        d. Selepas Temu Duga

            i. Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;

           ii. Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk pengesahan;

           iii. Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

3.5 Temu Duga Terbuka (Walk In Interview)

       a. Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai oleh ahli panel seperti perkara A di atas).

       b. Sebelum Temu Duga:

            i. Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih Universiti, tempat temu duga di luar kampus;

           ii. Keluarkan iklan temu duga sama ada dalam laman sesawang Jabatan Pendatar, emel UUM, surat/iklan kepada universiti-universiti berhampiran lokasi temu duga;

           iii. Keluarkan surat panggilan panel dan calon;

           iv. Sediakan fail, maklumat-maklumat, keperluan pensyarah di setiap Kolej dan borang-borang yang diperlukan serta tempahan jamuan dan tempat temu duga.

       c. Pada Hari Temu Duga

                 • Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;

                 • Memastikan urusan temu duga berjalan lancar.

       d. Selepas Temu Duga

                • Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;

                • Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk pengesahan;

                • Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

4.0 KENAIKAN PANGKAT

       A) Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran

            1. Melihat kekosongan yang wujud melalui kelulusan waran baru dari JPA dan tamat perkhidmatan (letak jawatan/bersara/kematian).

            2. Mengenalpasti calon yang layak untuk kenaikan pangkat bagi dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

            3. Proses Temu duga (jika diputuskan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat) mengeluarkan surat panggilan, menentukan tarikh temu duga, penyediaan fail dan laporan temu duga.

            4. Penyediaan surat makluman kepada calon-calon yang berjaya, simpanan dan tidak berjaya.

                a) Syarat Kelayakan

                     i. Sah dalam perkhidmatan.

                    ii. Purata markah prestasi tahunan tiga (3) tahun kebelakangan 85%. Bagi staf cuti tanpa gaji, tiga (3) tahun kebelakang terkini.

                    iii. Lulus PTK sekurang-kurangnya PTK Aras III

                    iv. Bebas daripada tindakan tatatertib/kesalahan jenayah atau telah melepasi tempoh tatatertib yang ditetapkan.

                     v. Bagi lantikan baru – staf yang telah berkhidmat melebihi lima (5) tahun dan memenuhi syarat-syarat 1 – 4 di atas boleh dipanggil terus temu duga tanpa melalui ujian saringan.

                    vi. Bagi lantikan baru untuk jawatan umum yang tidak mempunyai penilaian khusus oleh mana-mana jabatan di UUM, pihak urusetia akan mengadakan ujian tapisan/penilaian sekiranya permohonan melebihi 30 orang setelah memenuhi semua syarat-syarat asas yang ditetapkan.

                   vii. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah berkuatkuasa.

                   viii. Diperakukan Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

                    ix. Bebas daripada senarai peminjam Pendidikan tegar daripada Institusi Pinjaman Pendidikan.

                     x. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

       B) Kenaikan Pangkat Staf Akademik

            i. Memproses permohonan kenaikan pangkat

              • Mengeluarkan surat makluman dan peringatan kepada semua kolej pada awal bulan setiap tahun berkaitan kenaikan pangkat staf akademik;

              • Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dengan memastikan calon yang layak;

              • Mengumpul CV serta bahan penerbitan dan penyelidikan calon yang layak di peringkat kolej.

          ii. Menyediakan Laporan Penilai Luar

             • Mendapatkan nama-nama Penilai Luar daripada setiap kolej selepas penilaian dibuat ke atas calon-calon yang layak.

             • Mengeluarkan surat pelantikan Penilai Luar

         iii. Menyediakan keperluan Mesyuarat Panel Penilai Peringkat Universiti, Jawatankuasa Pemilih dan temu duga.

         iv. Menyediakan statistik kenaikan pangkat staf akademik secara bulanan dan laporan mesyuarat untuk pengesahan JPU dan LPU

         v. Menguruskan pelantikan kenaikan pangkat termasuklah:

             • Membuat penetapan gaji permulaan bagi calon yang berjaya.

             • Mengeluarkan surat tawaran kenaikan pangkat.

             • Urusan Pelantikan dan Pembaharuan kontrak Profesor /Pensyarah Pelawat (Warganegara dan Bukan Warganegara).

        a) Syarat Kenaikan Pangkat

            1. Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti menetapkan bahawa kenaikan pangkat seseorang staf akademik tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi berasaskan kepada kecemerlangan akademiknya.

            2. Pensyarah (DS45) adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52); Pensyarah (DS51/52) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) dan Profesor Madya (DS53/54) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (VK7)apabila telah:

                i. disahkan dalam perkhidmatan;

               ii. bebas daripada tindakan tatatertib;

               iii. telah mengisytiharkan harta;

               ii. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

              iii. lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan

              iv. diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/ Jabatan.

               v. bebas daripada senarai peminjam pendidikan tegar daripada Institusi Pinjaman Pendidikan.

               vi. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

      b) Syarat Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akademik

          1. Kenaikan Pangkat Pensyarah (DS45) Ke Pensyarah Kanan (DS52)

               i. Bagi calon yang memiliki Ijazah PhD, tiada syarat tambahan yang dikenakan.

              ii. Bagi calon yang lain, calon dikehendaki :-

                  • berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun setelah disahkan dalam jawatan/perkhidmatan;

                  • mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun ke belakang sekurang-kurangnya 80%;

                  • memperoleh markah kecemerlangan akademik sebanyak 100 daripada markah penuh 110.

         2. Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan (DS51/52) Ke Profesor Madya (DS54)

              i. Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/52.

              ii. Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun ke belakang sebanyak 85%.

             iii. Bagi calon yang memiliki PhD, calon dikehendaki memperolehi markah kecemerlangan akademik sebanyak 85 markah daripada markah penuh 115, atau

             iv. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana, calon dikehendaki memperolehi markah penuh sebanyak 115 markah. (Markah penuh bagi setiap komponen).

         3. Kenaikan Pangkat Profesor Madya (DS53/54) Ke Profesor (VK7)

              i. Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam jawatan Profesor Madya DS53/54.

             ii. Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun kebelakang sebanyak 90%.

             iii. Bagi calon yang memiliki PhD, calon dikehendaki memperolehi markah kecemerlangan akademik sebanyak 100 markah daripada markah penuh sebanyak 125 markah, atau

            iv. Bagi calon tanpa PhD, calon dikehendaki mendapat 180 markah. Markah penuh 125 markah termasuk markah maksimum bagi setiap komponen. Markah tambahan sebanyak 55 markah perlu dikumpul daripada komponen Penyelidikan, Penerbitan dan Pengiktirafan Akademik.

      a) Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat

           1. Prinsip Umum

               i. Penilaian adalah dibuat berasaskan kepada hasil dan bukannya proses.

              ii. Agihan markah mengikut komponen bagi jawatan Pensyarah Kanan, Profesor Madya dan Profesor mencerminkan hirarki kesarjanaan dan kepimpinan akademik.

          2. Kriteria Penilaian

              i. Sistem penilaian untuk kenaikan pangkat staf akademik adalah berasaskan kepada kriteria "memenuhi tahap kecemerlangan akademik" seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

             ii. Penilaian terhadap memenuhi tahap kecemerlangan akademik dibuat berdasarkan kepada kesarjanaan dalam enam (6) komponen berikut:

                • Pengajaran/Penyeliaan

                • Penyelidikan

                • Penerbitan

                • Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

                • Perundingan/Seminar

                • Khidmat kepada Universiti/Masyarakat

            3. Temu Duga

                i. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54), pemilihan adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik dan penilaian oleh Penilai Luar sahaja.

                ii. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), calon diwajibkan menghadiri temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat dan merupakan salah satu penentu kepada kriteria kenaikan pangkat.

            4. Penilai Luar

                i. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) Laporan Penilai Luar tidak diperlukan.

               ii. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54), diperlukan laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor dalam bidang kepakaran calon.

               iii. Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), diperlukan Laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor (Dalam Negara) dan seorang Profesor (Luar Negara) dalam bidang kepakaran calon.

              iv. Laporan Penilai Luar adalah merupakan salah satu penentu kepada penilaian kenaikan pangkat.

               v. Kriteria pemilihan Penilai Luar:

                   • Bukan merupakan penyelia tesis calon, rakan/bekas rakan setugas calon atau merupakan suami/isteri kepada penyelia tesis calon.

                   • Kolej boleh mencadangkan Penilai Luar tetapi pemilihan ditentukan oleh Panel Penilai Universiti.

                   • Penilai Luar mestilah daripada Institut pengajian tinggi yang setaraf dengan UUM atau lebih tinggi.

            5. Aspek Penilaian

                Aspek-aspek utama yang dinilai untuk menentukan tahap kecemerlangan akademik bagi kenaikan pangkat seseorang staf akademik Universiti Utara Malaysia ialah:

                i. Pengajaran/Penyeliaan

               ii. Penyelidikan

              iii. Penerbitan

              iv. Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

               v. Perundingan/Seminar

               vi. Khidmat kepada Universiti/masyarakat

              5.1 Pengajaran dan Penyeliaan

                    Pengajaran adalah merupakan aktiviti utama bagi setiap staf akademik dan ianya dinilai bagi mengukur tugas rasmi calon. Namun begitu penyeliaan juga diambilkira dalam komponen ini. Tiada markah minimum yang diperlukan sama ada untuk pengajaran dan penyeliaan bagi membolehkan seseorang calon itu dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

                   Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

50

40

Pengajaran

Penyeliaan

15

15

              5.2 Penyelidikan

                    Komponen ini merupakan aktiviti utama kepada percambahan ilmu yang dapat menyumbang kepada pengajaran, penerbitan dan perundingan. Markah akan diberikan bagi penyelidikan yang telah tamat dan laporan penyelidikan diterima oleh pembiaya. Penyelidikan tanpa pembiayaan perlulah berdaftar dengan Universiti Utara Malaysia bagi membolehkan pemberian markah.

20

25

           5.3 Penerbitan

                 Penerbitan yang dihasilkan melambangkan kesarjanaan calon dalam bidang kepakarannya. Penilaian yang lebih tinggi diberikan kepada penerbitan yang diterima di peringkat antarabangsa. Markah hanya diberikan bagi bahan-bahan yang telah diterbitkan. Calon dikehendaki mengemukakan bahan-bahan untuk dinilai.

30

           5.4 Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

                 Aspek ini adalah bagi menilai ketokohan seseorang calon di kalangan akademia. Untuk kenaikan pangkat ke jawatan lebih tinggi, seseorang calon perlu mendapat markah yang lebih tinggi dalam komponen ini bagi membuktikan penerimaan beliau di dalam dunia akademik.

5

10

20

          5.5 Perundingan/Seminar

                Perundingan merupakan ukuran penerimaan masyarakat terhadap kemampuan Universiti Utara Malaysia untuk memberi khidmat nasihat dalam penyelesaian masalah atau penghasilan projek. Penilaian diberikan walaupun projek perundingan tidak menjana sumber kewangan.

               Pembentangan kertas kerja di seminar atau persidangan akan dapat membantu staf akademik menambahkan ilmu serta membina jaringan. Penilaian diberikan kepada mereka yang menyumbang dari sudut akademik.

          5.6 Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat

                Sebagai seorang staf, calon perlulah memberi sumbangan kepada institusinya dan juga menabur bakti kepada masyarakat di sekelilingnya bagi membolehkan Universiti Utara Malaysia dikenali di kalangan masyarakat.

          6. Kaedah Penilaian

              6.1 Taburan markah kecemerlangan akademik secara umum bagi kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah seperti di Lampiran.

              6.2 Wajaran markah secara terperinci komponen kriteria penilaian kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah seperti di Lampiran.

              6.3 Penilaian bagi kecemerlangan akademik adalah dalam jawatan semasa.

              6.4 Markah boleh dikumpul mengikut komponen-komponen tertentu tertakluk kepada markah maksimum bagi setiap komponen. Tiada markah minimun yang disyaratkan bagi setiap komponen.

              6.5 Pemohon yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mereka yang melepasi markah keseluruhan minimum seperti yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat lain yang berkuatkuasa.

              6.6 Bagi permohonan ke jawatan Profesor Gred C (VK7) untuk calon tanpa PhD, markah boleh dikumpulkan tanpa had maksimum daripada komponen-komponen penyelidikan, penerbitan dan pengiktirafan akademik tertakluk kepada syarat calon telah memenuhi markah maksimum komponen-komponen lain.

        7. Proses Penilaian

            7.1 Pelantikan Panel Penilai Kolej

                  7.1.1 Jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54)

                           Permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54) dinilai oleh Panel Penilai Peringkat Kolej. Panel Penilai ini hendaklah terdiri daripada:

                          Pengerusi

                          Penolong Naib Canselor atau seorang yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang berjawatan tidak kurang daripada Profesor Madya.

                         Ahli Tetap *

                         Dua (2) orang ahli Mesyuarat Eksekutif/Pengurusan/Akademik Kolej

                         Ahli Berubah *

                         Seorang Profesor/Profesor Madya Kolej dalam bidang kepakaran calon

                        (* Salah seorang ahli hendaklah berjawatan Profesor)

                         Wakil Kolej Lain

                         Dua (2) orang wakil Kolej lain sekurang-kurangnya bertaraf Profesor Madya

                         Setiausaha

                         Ketua Penolong Pendaftar Kanan

                         Perlantikan Panel Penilai Kolej adalah oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)

               7.1.2 Jawatan Profesor (VK7)

                        Pengerusi

                        Penolong Naib Canselor (dengan syarat berjawatan Profesor), jika tidak, hendaklah dipengerusikan oleh seorang Profesor daripada Kolej berkenaan atau Kolej yang lain.

                        Ahli-Ahli

                        Tiga (3) orang Profesor (seorang ahli tetap dan dua (2) orang daripada bidang kepakaran calon)

                       Penolong Naib Canselor, sekiranya tidak menjadi Pengerusi.

           7.2 Panel Penilai Universiti

                 Pengerusi

                 Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

                 Ahli-Ahli

                 Timbalan Naib Canselor (HEPA)

                 Empat (4) orang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor

                 Pengerusi Panel Peringkat Kolej

                 Setiausaha

                 Pendaftar atau Wakil

          7.3 Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat

                 Pengerusi

                 Naib Canselor

                 Ahli-Ahli

                 Dua (2) orang Wakil Senat

                 Setiausaha

                 Pendaftar

        8. PROSEDUR PERMOHONAN

             8.1 Calon-calon yang memohon kenaikan pangkat dikehendaki mengisi borang-borang berikut:-

                    • UUM/KPA1/2010 - Borang Permohonan

                    • UUM/KPA2/2010 - Borang CV

                    • UUM/KPA3/2010 - Borang Pemberian Markah

                    • UUM/KPA4/2010 - Borang Laporan Ketua Jabatan

            8.2 Calon - calon juga dikehendaki menyerahkan bahan - bahan seperti yang terkandung di dalam borang UUM/KPA2/2010.

            8.3 Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Kenaikan Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

            8.4 Pihak Kolej, setelah permohonan dinilai oleh Panel Penilai Kolej, hendaklah mengemukakan borang permohonan UUM/KPA1/2010 ke Jabatan Pendaftar berserta :-

                   • UUM / KPA3a - Bagi Jawatan Profesor (VK7)

                   • UUM / KPA3b - Bagi Jawatan Profesor Madya (DS54)

                   • UUM / KPA3c - Bagi Jawatan Pensyarah Kanan (DS52)

           8.5 Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Kali Ke – 161 Bil. 6/2010 bertarikh 24 Jun 2010 telah bersetuju supaya calon yang memohon untuk kenaikan pangkat perlu menyediakan maklumat berikut :

                 i. Justifikasi mengapa permohonan kenaikan pangkat mereka perlu dipertimbangkan;

                ii. Kelebihan dan kekuatan masing-masing; dan

               iii. Perancangan sekiranya dinaikkan pangkat.

              Staf akademik yang memohon kenaikan pangkat hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat ini dalam :

               i. 3 muka surat bagi jawatan Profesor Madya (DS54); dan

              ii. 5 muka surat bagi jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)

DASAR PEMILIHAN DAN PELANTIKAN STAF

1.0  STAF PENTADBIRAN

         1.1     KUASA MELANTIK

            Urusan pelantikan staf akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.

i.                                                                                       a)               Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional

                               Naib Canselor                                        -           Pengerusi

                               2 Orang Wakil Senat                               -           Ahli

                               Pendaftar                                               -           Setiausaha

(Naib Canselor boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib Canselor atau Pendaftar bagi mempengerusikan dan melantik ahli jawatankuasa ini)

ii.                                                                                      

iii.                                                                                    b)               Jawatan Kumpulan Sokongan

                               Pendaftar                                               -           Pengerusi

                               Bendahari                                               -           Ahli

          Ketua Pustakawan                                 -           Ahli

                   Timbalan Pendaftar/Pen. Pendaftar       -           Setiausaha

      (Pendaftar boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Pendaftar atau                                     Pegawai Kanan Perjawatan bagi mempengerusikan jawatankuasa ini)

Keputusan untuk pelantikan bagi jawatan Pendaftar/Bendahari/Ketua Pustakawan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Keputusan pelantikan jawatan pentadbiran Pengurusan dan Profesional serta sokongan akan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Universiti (JPU).

1.2      SYARAT PELANTIKAN

               Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut syarat Skim yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.

1.3      URUSAN PENGAMBILAN & PELANTIKAN

a)        Proses Pengambilan

Proses pengambilan pegawai meliputi beberapa peringkat, iaitu:

i.         Pengiklanan jawatan;

ii.       Penerimaan permohonan;

iii.      Saringan;

iv.     Penilaian khas (jika diperlukan);

v.      Temu duga ; dan

vi.     Pelantikan.

b)        Tanggungjawab Pendaftar

Pendaftar bertanggungjawab untuk memastikan keperluan dan pengisian sesuatu jawatan dilaksanakan sepenuhnya. Proses pengisian tersebut hendaklah dibuat dengan berdasarkan syarat peraturan yang berkuatkuasa. Pendaftar juga bertanggungjawab bagi memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan proses pelantikan dipelihara.

c)        Pengiklanan

Pengiklanan bagi tujuan pengisian sesuatu jawatan akan diuruskan oleh Pejabat Pendaftar mengikut  peraturan yang ditetapkan seperti termaktub dalam Perintah Am Bab A (P.U.A (176)).

Universiti boleh dalam hal keadaan khas menggunakan apa-apa cara yang lain yang difikirkan sesuai.

d)        Bentuk Iklan

Iklan yang dibuat hendaklah ringkas dan mengandungi keterangan yang berikut:

i.   Nama dan taraf jawatan;

ii. Jadual/gred gaji perkhidmatan, kumpulan dan klasifikasi perkhidmatan;

iii.      Syarat lantikan termasuk kelulusan, kelayakan dan pengalaman (termasuk taraf kerakyatan);

iv.     Berpandukan syarat skim perkhidmatan;

v.Alamat untuk mengirimkan permohonan; dan

vi.     Tarikh tutup permohonan.

e)        Permohonan daripada Pegawai Sedang Berkhidmat

Semua permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan semasa.

f)         Proses Pengambilan meliputi beberapa peringkat iaitu:

Saringan

Proses saringan ini bertujuan untuk mengenal pasti calon yang dipilih telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon dan syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan juga untuk mengenal pasti calon yang paling sesuai untuk mengisi jawatan yang diperlukan.

Pelaksanaan semasa saringan adalah seperti berikut:

i.         Saringan dibuat oleh Jabatan Pendaftar (Pusat Tanggungjawab yang berkaitan bagi pengisian jawatan akan dirujuk jika diperlukan); dan

ii.       Proses dan bentuk saringan yang lain boleh ditetapkan oleh Pendaftar, jika difikirkan perlu.

iii.      Proses saringan dan kriteria bagi setiap saringan hendaklah direkod dan disahkan oleh pegawai-pegawai yang melaksanakan saringan.

g)        Proses Saringan

                                                         i.      Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.

   Jawatan yang memerlukan kelayakan asas STP/STPM syarat kelulusan sijil yang perlu dipatuhi.

                                                       ii.      Pengkelasan Borang  Permohonan

   Semua permohonan yang diterima akan melalui proses saringan umum terlebih dahulu oleh Unit Perjawatan bagi memastikan permohonan adalah mengikut kelayakan/syarat yang diperlukan.

                                                      iii.      Proses Saringan Permohonan sebelum panggilan temu duga atau ujian pratemu duga:

ü  Saringan untuk pemilihan Jawatan Gunasama

      Kriteria kualiti, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan khidmat masyarakat digunakan.

ü  Saringan jawatan teknikal/kepakaran/kemahiran/bakat

      Saringan kelayakan asas dibuat oleh Jabatan Pendaftar dan saringan seterusnya dibuat oleh Pusat Tanggungjawab yang memerlukan calon yang sesuai dalam bidang berkaitan.

                                                     iv.      Ujian Pratemu Duga (Mengikut Keperluan)

ü  Pengawal Keselamatan – Ujian Fizikal

ü  Jawatan lain selain (a) di atas mengikut keperluan semasa.

h)       Temu Duga

Pemilihan calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Universiti dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih seperti para 1.1.

i)         Pelantikan

         Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Pendaftar. Surat tawaran pelantikan  mengandungi perkara berikut:

                                                         i.            Nama atau gelaran jawatan;

                                                       ii.            Gred jawatan;

                                                      iii.            Gaji dan elaun yang ditawarkan berserta jadual gaji;

                                                     iv.            Taraf jawatan;

                                                      v.            Penempatan; dan

                                                     vi.            Syarat perkhidmatan.

j)         Lapor Diri

Seseorang yang telah bersetuju untuk menerima tawaran pelantikan bertanggungjawab melaporkan diri untuk bertugas di Pejabat Pendaftar Ketua Jabatan tempat pegawai tersebut ditempatkan hendaklah membuat pengesahan tarikh pengesahan melapor diri untuk bertugas bagi pegawai tersebut.

Pegawai yang baru melapor diri akan dibekalkan maklumat berikut:

Buku Panduan Perkhidmatan Staf, Universiti Utara Malaysia.

1.4      PRINSIP PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Staf Pentadbiran

a)           Penetapan gaji permulaan bagi calon yang pertama kali dilantik.    (Mengikut seperti yang disebut dalam skim)

b)           Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan

i.         Calon yang telah disahkan dalam perkhidmatan:

ü           Calon akan ditawarkan gaji permulaan P1T1 sekiranya gaji jawatan lamanya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam tangga gaji jawatan baru;   atau

ü           Ditawarkan mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 dan Tangga yang bersesuaian bagi jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam gred gaji jawatan barunya.

ü           UUM juga boleh meletakkan seseorang calon yang mempunyai kelayakan-kelayakan khas pada mana-mana Tangga atau P1 pada jawatan yang dipohon.

ii.       Calon yang belum disahkan dalam jawatan

ü           Ditawarkan gaji pada P1T1 dalam skim gaji jawatan yang akan disandang

ü           UUM boleh mempertimbangkan pemberian gaji yang lebih tinggi mengikut perkiraan satu pergerakan mata gaji bagi  satu tahun genap pengalaman yang relevan dengan  jawatan  barunya.

c)            Calon yang berpengalaman berkhidmat dengan swasta, penetapan gaji  permulaan berdasarkan satu (1) kenaikan gaji untuk pengalaman kerja selama dua (2) tahun bagi jawatan yang sama taraf atau sama gred dan tugas yang relevan.

d)           Pegawai-pegawai ikhtisas (yang memerlukan kelayakan Profesional), pengalaman-pengalaman sesuai selepas mendapat kelulusan ikhtisas yang boleh dibuktikan oleh mereka boleh diambil kira untuk menentukan penetapan gaji mengikut kadar genap satu (1) tahun pengalaman bagi satu kenaikan mata dalam tangga gaji.

e)            Calon dari kalangan staf UUM bertaraf Kontrak/Sementara dan diperaku ke jawatan bertaraf Tetap:

                                                         i.            Ditawarkan mata gaji yang sama dengan gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 bagi jawatan sama.

                                                       ii.            Ditawarkan gaji permulaan P1T1 atau gaji permulaan mengikut skim perkhidmatan bagi pelantikan jawatan yang berbeza.

                                                      iii.            Bagi staf bertaraf sambilan, penetapan gaji mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan. Bagi jawatan yang sama satu kenaikan bagi setiap dua (2) tahun pengalaman.

f)              Gaji permulaan bekas tentera dan polis :-

         (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2001)

g)           Sekiranya perlu dipinda/disemak semula gaji yang ditawarkan selepas penama melapor diri, pindaan akan dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Pemilih atau Pendaftar tanpa perlu dikemukakan semula kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)

1.5      TAWARAN PELANTIKAN

Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Jabatan Pendaftar. Surat tawaran pelantikan hendaklah mengandungi perkara berikut:

a)      Nama Jawatan, Skim Perkhidmatan

b)        Gred jawatan

c)        Gaji yang ditawarkan

d)        Taraf jawatan

e)        Penempatan

f)        Senarai tugas

2.0      STAF AKADEMIK

2.1      KUASA MELANTIK

Urusan pelantikan staf akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri dari Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.

Jawatan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional)

ü  Naib Canselor             -           Pengerusi

ü  2 Orang Wakil Senat    -           Ahli

ü  PNC Kolej/Wakil          -           Ahli (turut hadir)

ü  Pendaftar                    -           Setiausaha

(Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana Timbalan Naib Canselor bagi mempengerusikan mesyuarat ini)

Keputusan pelantikan akan diperakukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

2.2      SYARAT PELANTIKAN

Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut Skim yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.

JAWATAN TETAP

Mengikut Skim Perkhidmatan

a)        Pensyarah (Tetap)- Gred DS45

         Syarat Lantikan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Untuk Lantikan:

                                                         i.      Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

                                                       ii.      Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                                                      iii.      Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;

b)        Pensyarah Kanan (Tetap)- DS51

Syarat Lantikan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii.       Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iii.      Kepujian  Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iv.     Membuktikan  tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

v.      Mempunyai  pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

c)        Prof. Madya (Tetap) - Gred DS53

Syarat Lantikan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Untuk Lantikan:

                                                         i.      Mempunyai  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

                                                       ii.      Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                                                      iii.      Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;

                                                     iv.      Membukti tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya: dan

                                                      v.      Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

d)                 Profesor (Tetap)- Gred Khas C (VK7)

Syarat Lantikan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Untuk Lantikan:

                                                         i.      Mempunyai  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

                                                       ii.      Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                                                      iii.      Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;

                                                     iv.      Membuktikan  tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

                                                      v.      Mempunyai  pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang tertentu.

e)        Guru Bahasa  (Tetap)- Gred DG41

         Syarat Lantikan-mengikut skim perkhidmatan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

                                                      iii.      Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

                                                     iv.      Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan - Yang ditetapkan oleh Universiti:

                                                         i.      Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris seperti TESL/ TEFL/ TESOL/ ELT/ English Literature yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

f)         Tutor (Sementara)- Gred DA41

               Syarat Lantikan:

                                                         i.      Warganegara Malaysia

                                                       ii.      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Untuk Lantikan:

                                                         i.      Mempunyai Ijazah Sarjana dengan CGPA: 3.0 ke atas dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Sarjana Muda dengan CGPA: 3.0 ke atas atau kepujian Kelas Kedua Atas

                                                       ii.      Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

                                                      iii.      Kepujian  Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

                                                     iv.      Dalam kes-kes tertentu, Universiti boleh melantik sesiapa sahaja yang didapati layak tanpa perlu memenuhi ke semua syarat kelayakan di atas.

JAWATAN KONTRAK

a)        Profesor (Kontrak) – VK7

Syarat Lantikan:

                                                      i.         Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun bagi bukan warganegara

                                                    ii.         Had umur maksimum ialah 65 tahun.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

ii.       Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

iii.      Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

iv.     Lulusan tapisan keselamatan (bukan warganegara).

b)        Prof. Madya (Kontrak) – DS53

Syarat Lantikan:

i.         Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27  tahun bagi bukan warganegara.

ii.       Had umur maksimum ialah 65 tahun.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

ii.       Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

iii.      Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

iv.     Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).

c)        Pensyarah Kanan (Kontrak) – DS51

Syarat Lantikan:

i.         Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27  tahun bagi bukan warganegara.

ii.       Had umur maksimum ialah 65 tahun.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

ii.       Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

iii.      Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

iv.     Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).

d)        Pensyarah (Kontrak) – DS45

Syarat Lantikan:

i.         Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27  tahun bagi bukan warganegara.

ii.       Had umur maksimum ialah 65 tahun.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

ii.       Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

iii.      Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

iv.     Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).

e)        Guru Bahasa (Kontrak) – DG41

Syarat Lantikan:

i.         Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27  tahun bagi bukan warganegara.

ii.       Had umur maksimum ialah 65 tahun.

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;

ii.       Mempunyai Ijazah  Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan (sekiranya Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon tersebut boleh dilantik);

iii.      Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

iv.     Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara)

 (Rujuk Pekeliling Skim Perkhidmatan Staf Akademik - Kontrak)

f)         Felo Universiti Utara Malaysia 

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Seseorang individu akademik atau bukan akademik yang terkemuka atau tokoh yang berpengalaman dan terkenal dalam bidang kepakaran di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut;

ii.       Felo Universiti terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

iii.      Tidak ada had umur untuk pelantikan Felo;

iv.     Keutamaan:

·         Kolej boleh memilih calon dari organisasi/universiti dalam atau luar negeri yang diketegorikan pakar dan bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut sebagai Felo untuk memantapkan program di Kolej;

·         Kolej menyediakan kertas latar diri, kepakaran, kecemerlangan dan perancangan kerja calon Felo dengan cadangan tempoh pelantikan;

·         Calon yang dicadangkan oleh Kolej/Pusat/Institut akan diperakukan untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU);

·         Pendaftar akan mengeluarkan surat pelantikan.

(Rujuk Lampiran Skim Felo Universiti Utara Malaysia)

g)        Profesor Adjung

Kelayakan Untuk Lantikan:

Profesor Adjung dilantik daripada kalangan tokoh dari bidang industri, perkhidmatan awam dan profesional yang diiktiraf pakar dan  mempunyai peranan dan tugas tertentu untuk kepentingan Universiti Utara.

h)        Felo Adjung

Kelayakan Untuk Lantikan:

Felo Adjung  adalah dilantik daripada kalangan pengurus-pengurus yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang/kursus tertentu.  Calon yang dilantik mempunyai peranan dan tugas tertentu untuk memberi ”input”  yang lebih khusus dan mendalami bagi sesuatu bidang/kursus berkenaan. 

i)          Karyawan Tamu 

Kelayakan Untuk Lantikan:

Karyawan Tamu yang dilantik adalah terdiri di kalangan warganegara untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan, yang boleh menyumbang ke arah memperkaya khazanah ilmu dan ketamadunan bangsa dalam bahasa yang ditetapkan, di periangkat kebangsaan selaras dengan perkembangan semasa dan akan datang.

j)          Staf Pelawat

(Profesor/Prof. Madya/Pensyarah Kanan Pelawat)

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.      Profesor Pelawat boleh dilantik mengikut gelaran jawatan seperti berikut:

ü           Profesor Pelawat (Visiting Profesor)

ü           Prof. Madya Pelawat (Visiting Associate Professor)

ü           Pensyarah Kanan Pelawat (Visiting Senior Lecturer)

ii.       Sebagai panduan, staf pelawat akan diberi gelaran jawatan mengikut jawatan yang ditentukan oleh Kolej. Staf pelawat boleh dilantik sepenuh masa daripada institusi pengajian tinggi yang lain terutamanya staf akademik dari luar negara yang diperlukan Universiti Utara Malaysia.

k)        Pemeriksa/Penilai Luar Program

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Kolej/Pusat/Institut boleh memilih calon dari universiti dalam atau luar negara yang dikategorikan pakar dan bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut sebagai Pemeriksa/ Penilai Luar Program untuk menilai program Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta program akademik yang berkaitan;

ii.       Kolej/Pusat/ Institut menyediakan kertas latar diri, kepakaran dan kecemerlangan calon pemeriksa/ Penilai Luar dengan cadangan tempoh pelantikan;

iii.      Kolej/Pusat/ Institut mendapatkan pelepasan organisasi asal calon bertugas serta persetujuan calon mengikut tempoh yang dicadangkan;

iv.     Calon yang diperakukan oleh Kolej/Pusat/ Institusi akan diperakukan untuk kelulusan Senat dan pelantikan dibuat oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa);

v.      Calon Pemeriksa/Penilai Luar Program terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

vi.     Tiada had umur untuk pelantikan Pemeriksa/Penilai Luar;

vii.   Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki PhD.

l)          Penyandang Kursi

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Calon-calon yang layak dan boleh dipertimbangkan bagi mengisi jawatan ini boleh;

a)     Terdiri daripada ahli akademik khususnya Profesor Kanan atau penyelidik  kanan dari sesebuah Universiti atau institusi pengajian tinggi;

b)     Terdiri daripada ahli akademik yang ternama dan terulung dalam bidang yang berkaitan;

c)      Sekiranya calon bukan terdiri daripada ahli-ahli akademik yang dinyatakan pada para a dan b di atas, mereka hendaklah seorang yang dianggap layak dan memenuhi kriteria pelantikan profesor mengikut ketetapan dan perakuan oleh Jawatankuasa Pemilih; dan

d)     Terdiri daripada mana-mana orang tanpa mengambilkira jantina, kaum dan kerakyatan. 

ii.       Calon-calon yang dilantik untuk menyandang kursi ini hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan pelantikannya oleh Lembaga Pengarah Universiti.

m)       Staf Akademik (Sambilan) 

Kelayakan Untuk Lantikan:

i.         Kolej boleh memperakukan calon yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang pengajaran;

ii.       Calon tenaga pengajar terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;

iii.      Tidak had umur untuk pelantikan tenaga pengajar;

3.0      URUSAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN

JAWATAN TETAP

   Urusan pengambilan dan pelantikan meliputi beberapa peringkat:

3.1      Pengiklanan jawatan

         Jabatan Pendaftar akan menguruskan pengiklanan menurut peraturan yang ditetapkan.  Untuk jawatan akademik, permohonan adalah terbuka sepanjang tahun.

3.2      Pemilihan permohonan

         Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.

3.3      Saringan Permohonan

a.        Jabatan Pendaftar

                                                         i.            Penerimaan borang permohonan, saringan mengikut kelayakan seperti  di B - Syarat Pelantikan;

                                                       ii.            Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, borang akan dikemukakan ke Kolej Akademik bersama-sama ’Borang Catatan Kriteria’ untuk penilaian peringkat Kolej.

b.        Kolej Akademik

                                                         i.            Kolej akan menjemput calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk tujuan temu duga/temu bual (tertakluk kepada Kolej);

                                                       ii.         Mengembalikan borang permohonan berkenaan bersama-sama keputusan ke Jabatan Pendaftar.

c.        Jabatan Pendaftar

i.               Menerima borang permohonan dan membuat tindakan mengikut keputusan yang dicatatkan;

ii.             Bagi calon yang diperakukan, akan disenaraipendek untuk urusan panggilan temu duga peringkat Universiti.

3.4      Temu Duga

a.        Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai  oleh ahli panel seperti perkara 1.0 di atas).

b.        Sebelum Temu Duga:

i.         Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih Universiti;

ii.       Keluarkan surat panggilan panel dan calon;

iii.      Sediakan fail, maklumat-maklumat dan borang-borang yang diperlukan;

iv.     Keperluan pensyarah di setiap Kolej;

v.      Jamuan dan bilik temu duga.

c.        Pada  Hari Temu Duga

i.         Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;

ii.       Memastikan urusan temu duga berjalan lancar.

d.        Selepas Temu Duga

i.         Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;

ii.       Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk pengesahan;

iii.      Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

3.5      Temu Duga Terbuka (Walk In Interview)

a.        Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai  oleh ahli panel seperti perkara A di atas).

b.        Sebelum Temu Duga:

i.         Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih Universiti, tempat temu duga di luar kampus;

ii.       Keluarkan iklan temu duga sama ada dalam laman sesawang Jabatan Pendatar, emel UUM, surat/iklan kepada universiti-universiti berhampiran lokasi temu duga;  

iii.      Keluarkan  surat panggilan panel dan calon;

iv.     Sediakan fail, maklumat-maklumat, keperluan pensyarah di setiap Kolej dan borang-borang yang diperlukan serta tempahan jamuan dan tempat temu duga.

c.        Pada  Hari Temu Duga

·   Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;

·   Memastikan  urusan temu duga berjalan lancar.

d.        Selepas Temu Duga

·         Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;

·         Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk pengesahan;

·         Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

4.0      KENAIKAN PANGKAT

A)       Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran

1.       Melihat kekosongan yang wujud melalui kelulusan waran baru dari JPA dan tamat perkhidmatan (letak jawatan/bersara/kematian).

2.       Mengenalpasti calon yang layak untuk kenaikan pangkat bagi dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

3.       Proses Temu duga (jika diputuskan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat)  mengeluarkan surat panggilan, menentukan tarikh temu duga, penyediaan fail dan laporan temu duga.

4.       Penyediaan surat makluman kepada calon-calon yang berjaya, simpanan dan tidak berjaya.

a)        Syarat Kelayakan

                                                                     i.            Sah dalam perkhidmatan.

                                                                   ii.            Purata markah prestasi tahunan tiga (3) tahun kebelakangan 85%. Bagi staf cuti tanpa gaji, tiga (3) tahun kebelakang terkini.

                                                                  iii.            Lulus PTK sekurang-kurangnya PTK Aras III

                                                                 iv.            Bebas daripada tindakan tatatertib/kesalahan jenayah atau telah melepasi tempoh tatatertib yang ditetapkan.

                                                                  v.            Bagi lantikan baru – staf yang telah berkhidmat melebihi lima (5) tahun dan memenuhi syarat-syarat 1 – 4 di atas boleh dipanggil terus  temu duga tanpa melalui ujian saringan.

                                                                 vi.            Bagi lantikan baru untuk jawatan umum yang tidak mempunyai penilaian khusus oleh mana-mana jabatan di UUM, pihak urusetia akan mengadakan ujian tapisan/penilaian sekiranya permohonan melebihi 30 orang setelah memenuhi semua syarat-syarat asas yang ditetapkan.

                                                               vii.            Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah berkuatkuasa.

                                                              viii.            Diperakukan Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

                                                                  ix.            Bebas daripada senarai peminjam Pendidikan tegar daripada Institusi Pinjaman Pendidikan.

                                                                   x.            Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

B)      Kenaikan Pangkat Staf Akademik

i.    Memproses permohonan kenaikan pangkat

·         Mengeluarkan surat makluman dan peringatan kepada semua kolej pada awal bulan setiap tahun berkaitan kenaikan pangkat staf akademik;

·         Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dengan memastikan calon yang layak;

·         Mengumpul CV serta bahan penerbitan dan penyelidikan calon yang layak di peringkat kolej.

ii.    Menyediakan Laporan Penilai Luar

·         Mendapatkan nama-nama Penilai Luar daripada setiap kolej selepas penilaian dibuat ke atas calon-calon yang layak.

·         Mengeluarkan surat pelantikan Penilai Luar

iii.   Menyediakan keperluan Mesyuarat Panel Penilai Peringkat Universiti, Jawatankuasa Pemilih dan temu duga.

iv.  Menyediakan statistik kenaikan pangkat staf akademik secara bulanan dan laporan mesyuarat untuk pengesahan JPU dan LPU

v.   Menguruskan pelantikan kenaikan pangkat termasuklah: 

·         Membuat penetapan gaji permulaan bagi calon yang berjaya.

·         Mengeluarkan surat tawaran kenaikan pangkat. 

·         Urusan Pelantikan dan Pembaharuan kontrak Profesor /Pensyarah Pelawat (Warganegara dan Bukan Warganegara).

a)        Syarat Kenaikan Pangkat

1.   Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti menetapkan bahawa kenaikan pangkat seseorang staf akademik tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi berasaskan kepada kecemerlangan akademiknya.

2.   Pensyarah (DS45) adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52); Pensyarah (DS51/52) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) dan Profesor Madya (DS53/54) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (VK7)apabila telah:

                                                                     i.            disahkan dalam perkhidmatan;

                                                                   ii.            bebas daripada tindakan tatatertib;

                                                                  iii.            telah mengisytiharkan harta;

                                                                   ii.            mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

                                                                  iii.            lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan

                                                                 iv.            diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/ Jabatan.

                                                                  v.            bebas daripada senarai peminjam pendidikan tegar daripada Institusi Pinjaman Pendidikan.

                                                                 vi.            lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

b)      Syarat Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akademik

1.   Kenaikan Pangkat Pensyarah (DS45) Ke Pensyarah Kanan (DS52)

                                                                     i.            Bagi calon yang memiliki Ijazah PhD, tiada syarat tambahan yang dikenakan.

                                                                   ii.            Bagi calon yang lain, calon dikehendaki :-

·         berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun setelah disahkan dalam jawatan/perkhidmatan;

·         mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun ke belakang sekurang-kurangnya 80%;

·         memperoleh markah kecemerlangan akademik sebanyak 100 daripada markah penuh 110.

2.   Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan (DS51/52) Ke Profesor Madya (DS54)

                                                                     i.            Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/52.

                                                                   ii.            Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun ke belakang sebanyak 85%.

                                                                  iii.            Bagi calon yang memiliki PhD, calon dikehendaki memperolehi markah kecemerlangan akademik sebanyak 85 markah daripada markah penuh 115, atau

                                                                 iv.            Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana, calon dikehendaki memperolehi markah penuh sebanyak 115 markah. (Markah penuh bagi setiap komponen).

3.   Kenaikan Pangkat Profesor Madya (DS53/54) Ke Profesor (VK7)

                                                                     i.            Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam jawatan Profesor Madya DS53/54.  

                                                                   ii.            Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3) tahun kebelakang sebanyak 90%.

                                                                  iii.            Bagi calon yang memiliki PhD, calon dikehendaki memperolehi markah kecemerlangan akademik sebanyak 100 markah daripada markah penuh sebanyak 125 markah, atau

                                                                 iv.            Bagi calon tanpa PhD, calon dikehendaki mendapat 180 markah. Markah penuh 125 markah termasuk markah maksimum bagi setiap komponen. Markah tambahan sebanyak 55 markah perlu dikumpul daripada komponen Penyelidikan, Penerbitan dan Pengiktirafan Akademik.

a)        Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat

                           1.   Prinsip Umum

                                                                     i.            Penilaian adalah dibuat berasaskan kepada hasil dan bukannya proses.

                                                                   ii.            Agihan markah mengikut komponen bagi jawatan Pensyarah Kanan, Profesor Madya dan Profesor mencerminkan hirarki kesarjanaan dan kepimpinan akademik.

2.   Kriteria Penilaian

                                                                     i.            Sistem penilaian untuk kenaikan pangkat staf akademik adalah berasaskan kepada kriteria ”memenuhi tahap kecemerlangan akademik” seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

                                                                   ii.            Penilaian terhadap memenuhi tahap kecemerlangan akademik dibuat berdasarkan kepada kesarjanaan dalam enam (6) komponen berikut:

·         Pengajaran/Penyeliaan

·         Penyelidikan

·         Penerbitan

·         Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

·         Perundingan/Seminar

·         Khidmat kepada Universiti/Masyarakat

3.   Temu Duga

                                                                     i.            Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54), pemilihan adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik dan penilaian oleh Penilai Luar sahaja.

                                                                   ii.            Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), calon diwajibkan menghadiri temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat dan merupakan salah satu penentu kepada kriteria kenaikan pangkat.

4.   Penilai Luar

                                                                     i.            Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) Laporan Penilai Luar tidak diperlukan.

                                                                   ii.            Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54), diperlukan laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor dalam bidang kepakaran calon.

                                                                  iii.            Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), diperlukan Laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor (Dalam Negara) dan seorang Profesor (Luar Negara) dalam bidang kepakaran calon.

                                                                 iv.            Laporan Penilai Luar adalah merupakan salah satu penentu kepada penilaian kenaikan pangkat.

                                                                  v.            Kriteria pemilihan Penilai Luar:

·         Bukan merupakan penyelia tesis calon, rakan/bekas rakan setugas calon atau merupakan suami/isteri kepada penyelia tesis calon.

·         Kolej boleh mencadangkan Penilai Luar tetapi pemilihan ditentukan oleh Panel Penilai Universiti.

·         Penilai  Luar  mestilah daripada Institut pengajian tinggi yang setaraf dengan UUM atau lebih tinggi.

5.   Aspek Penilaian

Aspek-aspek utama yang dinilai untuk menentukan tahap kecemerlangan akademik bagi kenaikan pangkat seseorang staf akademik Universiti Utara Malaysia ialah:

i.         Pengajaran/Penyeliaan

ii.       Penyelidikan

iii.      Penerbitan

iv.     Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

v.      Perundingan/Seminar

vi.     Khidmat kepada Universiti/masyarakat

5.1  Pengajaran dan Penyeliaan

Pengajaran adalah merupakan aktiviti utama bagi setiap staf akademik dan ianya dinilai bagi mengukur tugas rasmi calon.  Namun begitu penyeliaan juga diambilkira dalam komponen ini.  Tiada markah minimum yang diperlukan sama ada untuk pengajaran dan penyeliaan bagi membolehkan seseorang calon itu dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

50

40

Pengajaran

Penyeliaan

15

15

5.2  Penyelidikan

Komponen ini merupakan aktiviti utama kepada percambahan ilmu yang dapat menyumbang kepada pengajaran, penerbitan dan perundingan. Markah akan diberikan bagi penyelidikan yang telah tamat dan laporan penyelidikan diterima oleh pembiaya. Penyelidikan tanpa pembiayaan perlulah berdaftar dengan Universiti Utara Malaysia bagi membolehkan pemberian markah.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

15

20

25

5.3  Penerbitan

Penerbitan yang dihasilkan melambangkan kesarjanaan calon dalam bidang kepakarannya.  Penilaian yang lebih tinggi diberikan kepada penerbitan yang diterima di peringkat antarabangsa. Markah hanya diberikan bagi bahan-bahan yang telah diterbitkan. Calon dikehendaki mengemukakan bahan-bahan untuk dinilai.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

20

25

30

5.4  Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik

Aspek ini adalah bagi menilai ketokohan seseorang calon di kalangan akademia.  Untuk kenaikan pangkat ke jawatan lebih tinggi, seseorang calon perlu mendapat markah yang lebih tinggi dalam komponen ini bagi membuktikan penerimaan beliau di dalam dunia akademik.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

5

10

20

5.5  Perundingan/Seminar

Perundingan merupakan ukuran penerimaan masyarakat terhadap kemampuan Universiti Utara Malaysia untuk memberi khidmat nasihat dalam penyelesaian masalah atau penghasilan projek.  Penilaian diberikan walaupun projek perundingan tidak menjana sumber kewangan.

Pembentangan kertas kerja di seminar atau persidangan akan dapat membantu staf akademik menambahkan ilmu serta membina jaringan.  Penilaian diberikan kepada mereka yang menyumbang dari sudut akademik.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

10

10

10

5.6  Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat

Sebagai seorang staf, calon perlulah memberi sumbangan kepada institusinya dan juga menabur bakti kepada masyarakat di sekelilingnya bagi membolehkan Universiti Utara Malaysia dikenali di kalangan masyarakat.

Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah seperti berikut:-

DS45 ke DS52

DS52 ke DS54

DS54 ke VK7

10

10

10

6.   Kaedah Penilaian

6.1  Taburan markah kecemerlangan akademik secara umum bagi kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah seperti di Lampiran.

6.2  Wajaran markah secara terperinci komponen kriteria penilaian kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah seperti di Lampiran.

6.3  Penilaian bagi kecemerlangan akademik adalah dalam jawatan semasa.

6.4  Markah boleh dikumpul mengikut komponen-komponen tertentu tertakluk kepada markah maksimum bagi setiap komponen.  Tiada markah minimun yang disyaratkan bagi setiap komponen.

6.5  Pemohon yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mereka yang melepasi markah keseluruhan minimum seperti yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat lain yang berkuatkuasa.

6.6  Bagi permohonan ke jawatan Profesor Gred C (VK7) untuk calon tanpa PhD, markah boleh dikumpulkan tanpa had maksimum daripada komponen-komponen penyelidikan, penerbitan dan pengiktirafan akademik tertakluk kepada syarat calon telah memenuhi markah maksimum komponen-komponen lain.

7.   Proses Penilaian

7.1  Pelantikan Panel Penilai Kolej

7.1.1  Jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54)

Permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54) dinilai oleh Panel Penilai Peringkat Kolej.  Panel Penilai ini hendaklah terdiri daripada:

Pengerusi

Penolong Naib Canselor atau seorang yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang berjawatan tidak kurang daripada Profesor Madya.

Ahli Tetap *

Dua (2) orang ahli Mesyuarat Eksekutif/Pengurusan/Akademik Kolej

Ahli Berubah *

Seorang Profesor/Profesor Madya Kolej dalam bidang kepakaran calon

(*  Salah seorang ahli hendaklah berjawatan Profesor)

Wakil Kolej Lain

Dua (2) orang wakil Kolej lain sekurang-kurangnya bertaraf Profesor Madya

Setiausaha

Ketua Penolong Pendaftar Kanan

Perlantikan Panel Penilai Kolej adalah oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)

7.1.2   Jawatan Profesor (VK7)

Pengerusi

Penolong Naib Canselor (dengan syarat berjawatan Profesor), jika tidak, hendaklah dipengerusikan oleh seorang Profesor daripada Kolej berkenaan atau Kolej yang lain.

Ahli-Ahli

Tiga (3) orang Profesor (seorang ahli tetap dan dua (2) orang daripada bidang kepakaran calon)

Penolong Naib Canselor, sekiranya tidak menjadi Pengerusi.

Setiausaha

Ketua Penolong Pendaftar Kanan

Perlantikan Panel Penilai Kolej adalah oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)

7.2  Panel Penilai Universiti

Pengerusi

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Ahli-Ahli

Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Empat (4) orang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor

Pengerusi Panel Peringkat Kolej

Setiausaha

Pendaftar atau Wakil

7.3  Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat 

Pengerusi

Naib Canselor

Ahli-Ahli

Dua (2) orang Wakil Senat  

Setiausaha

Pendaftar

8.     PROSEDUR PERMOHONAN

8.1  Calon-calon yang memohon kenaikan pangkat dikehendaki mengisi borang-borang berikut:-

·         UUM/KPA1/2010   -   Borang Permohonan

·         UUM/KPA2/2010   -   Borang CV

·         UUM/KPA3/2010   -   Borang Pemberian Markah

·         UUM/KPA4/2010   -   Borang Laporan Ketua Jabatan

8.2  Calon - calon   juga   dikehendaki    menyerahkan    bahan - bahan seperti yang terkandung di dalam borang UUM/KPA2/2010.

8.3  Borang-borang  yang  lengkap  diisi  hendaklah  dikemukakan kepada Unit Kenaikan Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

8.4  Pihak Kolej, setelah permohonan dinilai oleh Panel  Penilai Kolej, hendaklah mengemukakan borang permohonan UUM/KPA1/2010 ke Jabatan Pendaftar berserta :-

·         UUM / KPA3a   -   Bagi Jawatan Profesor (VK7)

·         UUM / KPA3b   -   Bagi Jawatan Profesor Madya (DS54)

·         UUM / KPA3c   -   Bagi Jawatan Pensyarah Kanan (DS52)

8.5  Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Kali Ke – 161 Bil. 6/2010 bertarikh 24 Jun 2010 telah bersetuju supaya calon yang memohon untuk kenaikan pangkat perlu menyediakan maklumat berikut :

i.         Justifikasi mengapa permohonan kenaikan pangkat mereka perlu dipertimbangkan;

ii.       Kelebihan dan kekuatan masing-masing; dan

iii.      Perancangan sekiranya dinaikkan pangkat.

Staf akademik yang memohon kenaikan pangkat hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat ini dalam  :

i.         3 muka surat bagi jawatan Profesor Madya (DS54); dan

ii.       5 muka surat bagi jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)

  • E-SERVIS
  • INTRANET
  • PARTNERS
  • PELAJAR
  • JABATAN UUM

MyGovernment MSC Malaysia MAMPU MyIdeas MyLine Tourism Malaysia  Krstemy  SIRIM