• Perjumpaan Pendaftar Bersama Naib Canselor
  • KIK 2013
  • Hari Bersama Pelanggan 2013
  • Audit SIRIM QAS
  • Taklimat Insuran Bersama Staf UUM

By Plimun Web Design

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

1. Seseorang staf adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

    a) Memenuhi tempoh percubaan (1 - 3 tahun);

    b) Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus yang ditetapkan; (diakhir program Induksi Khusus staf akademik akan diberi Sijil Pengajaran dan Pembelajaran IPT)

    c) Lulus peperiksaan yang disyaratkan di dalam Skim Perkhidmatan masing-masing; (staf pentadbiran sahaja)

    d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan

    e) Mengemukakan hasil penyelidikan yang diperakukan oleh Jawatankuasa yang mengawal mutu di peringkat Kolej. (staf akademik sahaja)

         i. Dua (2) hasil penyelidikan dalam bidang masing-masing yang selesai dijalankan secara berkumpulan; atau

         ii. Satu (1) hasil penyelidikan dalam bidang masing-masing yang selesai dijalankan secara berseorangan.

2. Universiti juga telah menetapkan beberapa syarat tambahan untuk pengesahan dalam perkhidmatan seperti berikut:

    a) Seseorang staf yang sedang berkhidmat kemudian menjawat jawatan baru dan telah genap 12 bulan perkhidmatan perlu mencapai markah penilaian prestasi sekurang- kurangnya 90%.

    b) Seseorang staf lantikan baru perlu berkhidmat lebih daripada 12 bulan dan mempunyai dua (2) kali markah penilaian prestasi perlu mencapai purata markah prestasi sekurang-kurangnya 85%.

    c) Seseorang staf yang telah berkhidmat lebih daripada 12 bulan dan mempunyai dua (2) kali markah penilaian prestasi perlu mencapai purata markah prestasi sekurang-kurangnya 85%.

   d) Seseorang staf yang mempunyai tiga (3) kali markah penilaian prestasi perlu mencapai peningkatan markah yang memuaskan untuk disahkan dalam jawatan.

   e) Di samping itu, pengisytiharan harta juga menjadi salah satu syarat tambahan untuk seseorang staf disahkan dalam jawatan. Syarat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan staf terhadap perkara ini.

3. Seseorang staf boleh diberi Pelanjutan Tempoh Percubaan atas perkara-perkara berikut:

    a) Masih belum memenuhi syarat-syarat pengesahan jawatan iaitu:

         i. Tidak mengikuti Kursus Induksi Umum dan Khusus dengan jayanya;

         ii. Tidak lulus dalam peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan;

        iii. Prestasi yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

       iv. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan; dan

       v. Tiada hasil penyelidikan untuk dinilai bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan (staf akademik sahaja).

    b) Dikenakan tindakan tatatertib.

4. Kuatkuasa Pelanjutan Tempoh Percubaan

Tahun

Akademik

Pentadbiran

Keempat (4)

Kali pertama selama satu (1)tahun

i) Kali pertama selama enam (6) bulan

ii)Kali kedua selama enam (6) bulan

Kelima (5)

Kali kedua dan terakhir selama satu (1) tahun

i)Kali ketiga selama enam (6) bulan

ii) Kali keempat selama enam (6) bulan

Keenam (6)

Cadangan untuk ditamatkan perkhidmatan

i)Kali kelima selama satu (1) tahun dengan berdenda iaitu tiada kenaikan gaji tahunan

Ketujuh (7)


Cadangan untuk ditamatkan perkhidmatan

  • E-SERVIS
  • INTRANET
  • PARTNERS
  • PELAJAR
  • JABATAN UUM

MyGovernment MSC Malaysia MAMPU MyIdeas MyLine Tourism Malaysia  Krstemy  SIRIM