Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia melibatkan pengurusan latihan, bimbingan dan pembangunan staf pentadbiran dan akademik.  Pelbagai program latihan dan kemudahan pembelajaran ditawarkan kepada kakitangan Universiti supaya mereka sentiasa meningkatkan keupayaan diri dan berdaya maju serta dapat mempamerkan kualiti diri dan kerja yang cemerlang dari masa ke semasa.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia terbahagi kepada empat (4) unit:

1) Unit Pengajian Lanjutan - menguruskan urusan cuti belajar dan peningkatan staf berkelayakan PhD.

2) Unit Bimbingan dan Perkembangan Kerjaya Staf - mengatur dan merangka program-program untuk perkembangan staf.

3) Unit Kursus Jangka Pendek - menguruskan latihan untuk meningkatkan kemahiran staf.

4) Unit PBU dan Peperiksaan - mengendalikan kursus dan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan serta peperiksaan perkhidmatan.

MyGovernment MSC Malaysia MAMPU MyIdeas MyLine Tourism Malaysia   logo kpm Krstemy  SIRIM